PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
75
Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 75–92
© Universiti Teknologi Malaysia
PERISTIWA TAH. KI-M ANTARACALI- DAN MUCA-WIYAH
(TAHUN 36 H) : SUATU KAJIAN DAN PENGAJARAN
NURAZMALLAIL MARNI*
Abstrak.Tulisan ini membincangkan Peristiwa Tah. ki-m iaitu persetujuan antara SaidinacAli- dan
Mu‘a- wiyah pada tahun 36 H untuk menerima keputusan wakil-wakil yang dilantik dalam menyelesaikan perselisihan antara mereka. Objektif kajian ini ialah untuk memberikan penjelasan menangani peristiwa tersebut. Kajian ini meliputi perbincangan dari beberapa aspek seperti faktor pendorong Peristiwa Tah. ki-m, gambaran peristiwa pada peringkat permulaan dan peringkat perhimpunan wakil kedua pihak. Kajian ini juga membuat analisis terhadap faktor-faktor kegagalan SaidinacAli- menangani isu Tahkim dan justifikasi pendirian beberapa sahabat mengenai perlantikan ‘Ali sebagai khalifah. Fokus utama kajian tertumpu pada sejauhmana kebenaran cerita yang mengatakan bahawa wakil pihak Muca- wiyah iaitucAmr ibn Al-cA- s. telah memperdayakan wakil pihak Saidina
cAli- iaitu Abu- Mu- sa- al-As. hcari- hingga berjaya melucutkan jawatan khalifah daripada Saidina cAli-
dan mengekalkan kedudukan Muca-wiyah. Kajian mendapati pendapat yang menerima cerita penipuan
cAmr ibn Al-cA- s. dalam majlis Tah. ki-m lebih berdasarkan sumber riwayat, sementara pendapat yang
menolak kesahihannya adalah berdasarkan hujah akal yang disokong oleh beberapa riwayat yang menjelaskan realiti sebenar peristiwa. Ini bermakna pandangan yang mengatakan bahawa Abu- Mu- sa- al-As. hcari- adalah seorang yang bodoh sementara cAmr ibn Al-cA- s. adalah seorang penipu, kurang pegangan agama dan tidak menepati janji merupakan pandangan yang salah dan perlu dijauhi.
Kanta kunci: Peristiwa Tahkim, SaidinacAli-, Muawiyah, cAmr ibn Al-cA- s. , Abu- Mu- sa- al-As. h cari-
Abstract.This article focusses on the event of tahkim; an agreement between CaliphcAli- and
Muawiyah to enable their representatives discuss and find solution for their dispute. A thorough explanation is important in order to clear untruthful narration that surrounded the event. The discussion will include factors that led to the event, the developments of the event, and the meeting itself. This research will also focus on the factors which led to CaliphcAli-’s failure in the tahkim as well as justifications of the companions on the appointment ofcAli- as caliph. The main focus will be on whethercAmr ibn Al-cA- s. manipulated and cheated cAli-’s representative, Abu- Mu- sa- al-As. h cari- loosingcAli- which led to his position as the caliph to Muawiyah. This research suggests that the current perceptions of Muslims on the issues are baseless and should be avoided.
Key word: Event of Tahkim, CaliphcAli-, Muawiyah, cAmr ibn Al-cA- s. , Abu- Mu- sa- al-As. hcari-
1.0 PENGENALAN
Penulisan sejarah Islam khususnya mengenai peristiwa yang berlaku pada zaman
awal Islam mudah terdedah kepada beberapa elemen negatif yang mungkin
* Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor,
MALAYSIA.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:30
75
NURAZMALLAIL MARNI
76
mencemarkan kesucian imej Islam dan peribadi mereka yang terlibat. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh gaya penulisan sejarawan terdahulu yang kelihatannya lebih cenderung kepada metodologi penceritaan melalui riwayat dan kurang perbahasan mengenai kesahihannya dari sudut riwayat dan logik.
Kekeliruan mengenai isu-isu kontroversial zaman awal Islam juga disebabkan oleh musuh-musuh Islam yang berusaha untuk mencemar dan mengelirukan fakta sebenar sejarah. Tambah menyedihkan ialah terdapat sebilangan umat Islam yang membincangkan isu-isu tersebut tanpa mengkajinya dahulu lalu secara tidak sedar mereka telah menyebarkan fakta-fakta yang mengelirukan hasil ciptaan musuh.
Antara peristiwa yang perlu diberikan perhatian dan perbahasan secara ilmiah ialah Peristiwa Tahkim yang berlaku pada tahun 36 Hijrah. Ini kerana Peristiwa Tahkim melibatkan beberapa orang sahabat Nabi seperti SaidinacAli- ibn Abi Ta- lib, Muca- wiyah ibn Abi- Sufya- n, Abu- Mu- sa al-Ashcari- dancAmr ibn al-cA- s..
Peristiwa Tah. ki-m merupakan salah satu peristiwa yang bersifat kontroversial dan menarik untuk dikaji. Terdapat pelbagai pandangan dan tafsiran mengenai peristiwa ini lantaran kesan dan pengaruhnya yang begitu besar kepada sejarah hingga membawa kepada kemunculan beberapa golongan seperti Khawa- rij dan Syiah. Melalui penulisan ini penulis berharap dapat memberikan suatu penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai Peristiwa Tah. ki-m di samping membetulkan beberapa kekeliruan terhadapnya.
2.0 DEFINISI TAH.KI-M
Perkataan ‘al-tah.ki-m’ dari sudut bahasa adalah masdar atau kata nama terbitan bagi
‘h. akkama’ yang bermaksud melantik seseorang menjadi hakim untuk mengadili
sesuatu perkara.1 Selain itu, istilah ‘al-h. ukumah’ turut digunakan sejarawan untuk merujuk kepada perkataantah. ki-m atau pengadilan. Menurut Kamus Dewan,tah. k i-m didefinisikan sebagai perihal melantik hakim, pengangkatan hakim; bertahkim bermaksud memakai hakim dalam pertelingkahan.2
Dari sudut istilah pula,al-ta h. k i-m didefinisikan sebagai persetujuan kedua pihak yang bertelagah untuk menerima keputusan pihak tertentu dalam menyelesaikan perselisihan mereka.3 Berdasarkan kepada definisi ini, maksud Peristiwa Tah. ki-m di sini secara lebih khusus ialah persetujuan pihak SaidinacAli dan pihak Muca- wiyah yang bertelagah untuk menerima keputusan kedua-dua hakim atau pengadil yang dilantik dalam menyelesaikan perselisihan antara mereka.
1Ibra- him Ani-s & rakan-rakan, (t.th), al-Mucjam al-Wasi-t
., Beirut: Da- r al-Macrifah, hlm. 190.
2Kamus Dewan. 2000. Ed. ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1344.
3Qalcaji- & Qunaybi-, 1988, Mucjam Lughat al-Fuqaha-’, Beirut: Da- r al-Nafa- ’is, hlm. 123.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:30
76
PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
77
3.0 FAKTOR UTAMA PERISTIWA TAH. KI- M
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, adalah lebih baik jika kita tinjau dahulu beberapa faktor yang menjadi pendorong utama sehingga berlakunya Peristiwa Tah. ki-m. Umumnya terdapat dua faktor utama yang membawa kepada tercetusnya Peristiwa Tah. ki-m iaitu:
(i) CadangancAmr ibn al-cAs agar Peperangan Siffin diberhentikan dengan cara
menjulang al-Qur’an dan menyeru kepadatah. k i-m.
(ii) Desakan majoriti pengikut SaidinacAli- supaya menerima cadangantah. k i-m lantaran Peperangan Siffin telah berlangsung dalam tempoh yang terlalu lama, iaitu 110 hari dengan 90 siri pertempuran tanpa berkesudahan. Selain itu, mereka juga telah kehabisan bekalan makanan dan alat-alat senjata serta jumlah tentera yang cedera semakin banyak.4
Idea menjulang mashaf untuk memberhentikan Peperangan Siffin dan seruan kepadatah. ki-m merupakan suatu strategi daripadacAmr ibn al-cA- s. yang menyokong Muca- wiyah. Objektif utama strategicAmr ibn al-cA- s. adalah untuk mengelak dari pada mengalami kekalahan di tangan tentera SaidinacAli-. Di samping itu, langkah ini dapat memecahbelahkan tentera SaidinacAli- melalui perselisihan pendapat sesama mereka dalam membuat keputusan sama ada menerimatah. k i-m atau menolaknya.5
Ekoran daripada itu, kebanyakan pengikut SaidinacAli- telah bersetuju untuk menerimata h. ki-m bahkan sebahagian mereka telah memaksa SaidinacAli- agar menerimanya. IbncAbba- s dan Ma- lik ibn H. a- rith al-Ashtar turut bersependapat dengan SaidinacAli- yang tidak mahu menerimatah. k i-m dan ingin meneruskan peperangan kerana mereka sudah hampir mencapai kemenangan.6
Perselisihan pendapat timbul sekali lagi ketika membuat pemilihanal-hakam atau wakil SaidinacAli- ke majlista h. k i-m. Hasil desakan yang kuat daripada al-Ashcas ibn Qays yang disokong oleh kumpulanal-Qurr a- ’7 maka Abu- Mu- sa al-Ashcari- telah
4al-Mascu-di-, Abu-al-Hasan cAli- ibn H. usayn ibn ‘Ali- al-Mascu-di, 1970, Muru-j al-Dhahab wa Maca-din al-
Jawhar, jld. 3, Beirut: Barbih De Minar & Bafih De Kirtai, hlm. 143; Mahayudin Yahya, 1989,
Ensiklopedia Sejarah Islam, 1990, jld. 5, Penerbit UKM Bangi. hlm. 1418.
5al-T. abari-, Abu Jacfar Muh. ammad ibn Jari-r, 1988, Ta-ri-kh al-Umam wa al-Mulu-k, jld. 3,Beirut: Da- r al-
Kutub al-cIlmiyyah, hlm. 101; al-Bala- dhuri-, Ah. mad ibn Yah. ya- , 1996, Ansa-b al-Ashra-f, jld. 3, Beirut:
Da- r al-Fikr, hlm. 103.
6Ibn T. iqt.aqa- , Muh. ammad ibn cAli- ibn T. aba- t.iba- , 1966, al-Fakhri- fi- al-Ada-b al-Sult.a-niyyah wa al-
Duwal al-Isla-miyyah, Beirut: Da- r Bayru- t, hlm. 91.
7Ahl al-Qurra-’ ialah golongan yang kuat beribadah dan membaca al-Qur’an tetapi mereka tidak
begitu memahami tafsiran isi kandungannya kecuali secara zahir sahaja.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:30
77
NURAZMALLAIL MARNI
78
dipilih sebagai wakil mereka ke majlistah.ki-m.8 Pemilihan ini jelas bertentangan dengan pendapat SaidinacAli yang lebih cenderung memilih IbncAbba- s atau al-Ashtar sebagai wakilnya ke majlistah. ki-m.9
Melihat kepada situasi ini, menjadi jelas kepada kita akan kebijaksanaancAmr ibn al-cA- s. yang telah menggunakan taktik‘pecah perintah’ sehingga berjaya membawa kepada‘kemenangan’ Muca- wiyah di meja perundingan sekalipun hampir tewas di medan peperangan.10
4.0 SOROTAN PERISTIWA TAH.KI-M
Untuk memahami peristiwa Tah. ki-m secara lebih mudah dan jelas, sorotan mengenai peristiwa Tah. ki-m boleh dibuat menerusi pembahagiannya kepada dua peringkat utama iaitu;
4.1 Peringkat Pertama : Peringkat Permulaan Tah. ki-m (Bad’
al-Tah. ki-m)
Peringkat pertama Tah. ki-m berlaku setelah tamatnya Peperangan Siffin di tebing Sungai Furat pada bulan Zulhijjah tahun 36 H. Rundingan peringkat ini berlaku pada bulan Safar tahun 37 H di sebuah kawasan yang terletak antara Kufah dan Syam. Pada peringkat ini kedua belah pihak bersetuju menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai S.ah. i-fah al-Tah.ki-m11. Berikut adalah tekss.ah. i-fah tersebut seperti yang dicatatkan oleh Ibn Kathir,12
8al-Bala- dhuri-, Ansa-b al-Ashra-f, jld. 3, hlm. 108.
9al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam wa al-Mulu-k, jld. 3, hlm. 102; Ibn T. iqt.aqa- , (1966),al-Fakhri-, hlm. 91.
10 cAbd al-Kha- liq, 1988,cAmr ibn al- cA-s. : Bayn Yadayy al-Ta-ri-kh, Kaherah: al-Zahra- ’ li al-Icla- m al-
cArabi-. hlm. 326.
11al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 142.
12Ibn Kathi-r, Abu- al-Fida- ’ Isma- ‘il ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, Beirut: Maktabat al-
Maca- rif, hlm. 277.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
78
PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
79
Maksudnya;
“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Inilah apa yang telah di persetujui olehcAli- ibn Abi- Ta-lib dan Mu‘a-wiyah ibn Abi- Sufya-n,cAli- mewakili penduduk Islam Iraq dan penyokong mereka dari kalangan penyokong mereka dan kaum muslimin, sementara Mu‘a-wiyah mewakili penduduk Islam Syam penyokong mereka. Bahawa sesungguhnya kami menuruti hukum Allah dan kitabnya dan kami melaksanakan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. Maka apa yang ditemui dalam al-Qur’an oleh kedua orang hakim/pengadil iaitu Abu Musa- al-Ashcari- dancAmr ibn al-cA-s., mereka hendaklah mengamalkannya dan apa yang tidak ditemui dalam al-Qur’an maka mereka hendaklah berpegang dengan al-Sunah yang adil supaya tidak berpecah-belah.”
Melalui rundingan pada peringkat ini, beberapa perkara telah dimeterai oleh kedua- dua pihak secara bertulis. Antara isi kandungan S.ah. i-fah al-Tah.ki-m peringkat pertama tersebut ialah:
(i) Menerima perdamaian dan perlucutan senjata antara kedua belah pihak.
(ii) Menyerahkan urusan Tah. ki-m kepada Abu- Mu- sa al-Ashcari- selaku wakil bagi
cAli- dan kepada cAmr ibn al-cA- s. selaku wakil bagi Muca- wiyah.
(iii) Menetapkan masa dan tempat rundingan yang seterusnya iaitu di Dumat al-
Jandal pada bulan Ramadhan tahun 37 H.
(iv) Jaminan keselamatan nyawa dan harta benda bagi kedua-dua wakil yang
berunding tanpa mengira keputusanTah. k i-m.
(v) Jika salah seorang wakil meninggal dunia maka ketua kumpulan wakil itu dan
pengikutnya akan melantik penggantinya.13
Idea menulis perjanjian tersebut telah dikemukakan olehcAmr ibn al-cA- s.. Setelah itu kedua–dua pihak kembali ke tempat masing-masing sehingga ke tarikh rundingan peringkat yang seterusnya.14 Peristiwa ini telah dihadiri oleh 10 orang penduduk Iraq sebagai wakilcAli- dan 10 orang penduduk Syam sebagai wakil Muca- wiyah.15
13al-T. abari-, Ta-ri-khal-Umam wa al-Mulu-k, jld. 3, hlm. 103; T. a- ha H. usayn, al-Fitnah al-Kubra-, jld. 2,
hlm. 83.
14al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 146; Ibn Abi- al-H. adi-d, 1965, Sharh Nahj al-Bala-ghah, jld.
3, t.tp:
Da- r Ih. ya- ’ al-Kutub al-cIlmiyyah, hlm. 210.
15al-Bala- dhuri-, Ansa-b al-Ashra-f, jld. 3, hlm. 109.

80
4.2 Peringkat Kedua: Peringkat Perhimpunan Perwakilan
(Ijtima-‘ al-H. akamayn)
Peringkat kedua Tahkim berlangsung di Dumat al-Jandal pada bulan Ramadhan tahun 37 H.16 Sebahagian sejarawan seperti al-Mascu- di- berpendapat ia berlaku pada tahun 38 H.17
Perhimpunan kali ini telah dihadiri oleh 400 orang dari pihak SaidinacAli- dan 400 orang dari pihak Muca- wiyah.18 Antara tokoh sahabat yang menghadiri perhimpunan ini adalahcAbdullah ibncUmar,cAbdullah ibn al-Zubayr dan al-Mughi-rah ibn Shucbah.19 Al-Bala- dhuri- meriwayatkan bahawa perhimpunan ini telah dihadiri oleh IbncUmar dan beliau telah dicalonkan oleh Abu- Mu- sa al-Ashcari- sebagai khalifah tetapi menolaknya.20
Berikut adalah tekss.ah. i-fah al-Tahkim peringkat kedua seperti yang dicatatkan
oleh al-Mascu- di-21:
16al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam, jld. 3, hlm. 105.
17al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 145.
18al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam, jld. 3, hlm. 105.
19Ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, hlm. 282.
20al-Bala- dhuri-, Ansa-b al-Ashra-f, jld. 3, hlm. 113.
21al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 146-147.
Maksudnya;
“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Inilah apa yang telah di persetujui oleh ‘Abdullah ibn Qays (Abu- Mu-sa al-Ashcari-) dan dancAmr ibn al-cA-s.. Mereka bersetuju untuk bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, nabi yang diutus dengan membawa hidayah dan agama yang benar untuk mengungguli seluruh agama sekali pun golongan musyrikin membencinya, dan kami bersaksi bahawa Abu Bakr adalah khalifah Rasulullah yang telah beramal dengan kitab Allah dan sunnah rasulNya hingga meninggal dunia dan bahawa beliau telah melaksanakan tanggung jawabnya, dan kami bersaksi bahawa ‘Umar ibn
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
80
PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
81
al-Khatta-b adalah khalifah Rasulullah yang telah beramal dengan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya hingga meninggal dunia dan bahawa beliau telah melaksanakan tanggung jawabnya, dan bahawa ‘Uthma-n ibn ‘Affa-n memegang kuasa pemerintahan selepas ‘Umar mengikut persepakatan kaum muslimin dan syura para sahabat, beliau meredhai mereka dan dia adalah seorang mukmin dan dia dibunuh dengan kejam/zalim.”
Setelah itu kedua-dua pihak mulai tidak bersependapat dan berkesudahan dengan
cAmr ibn al-cA- s. mengambils.ah. i-fah Tah.ki-m yang telah diletakkan cop mohor kedua
pihak lalu meletakkannya di bawah kaki beliau.22
Akhir sekali timbul cadangan untuk memecatcAli- dan Muca- wiyah dari jawatan masing-masing. Terdapat perbezaan riwayat mengenai orang yang telah menge- mukakan idea pelucutan jawatan SaidinacAli
- dan Muca- wiyah. Al-Tabari meriwayatkan
bahawa idea melucutkan jawatan dan menyerahkannya kepada syura umat Islam telah dikemukakan oleh Abu- Mu- sa al-Ashcari-.23 Menurut riwayat al-Bala- dhuri pula, cadangan pelucutan jawatan tersebut datangnya dari wakil Muca- wiyah iaitucAmr ibn al-cA- s..24 Riwayat al-Bala- dhuri ini telah diterima oleh al-Yacqu- bi-,25 seorang sejarawan zamancAbba- siyah yang dikatakan cenderung kepada aliran Syiah.
Melihat kepada teks S.ah. i-fah al-Tah.ki-m peringkat kedua ini, fokus kajian boleh
dibuat terhadap dua frasa terakhir yang menyentuh dua isu penting iaitu;
(i) Mengenai cara perlantikan khalifah seperti mana teksnya;
Maksudnya;
“... dan bahawa ‘Uthma-n ibn ‘Affa-n memegang kuasa pemerintahan selepas ‘Umar mengikut persepakatan kaum muslimin dan syura para sahabat, dan beliau meredhai mereka”
Frasa ini menjelaskan mengenai kaedah perlantikan khalifah yang perlu diikuti
seperti perlantikan khalifah yang sebelumnya. Dari sudut lain ia turut memberi
mafhu-m (kefahaman) bahawa perlantikan SaidinacAli- sebagai khalifah tidak berlaku
secara persetujuan kaum muslimin dan syura para sahabat dengan sepenuhnya. Ini
22Ibid, hlm. 147.
23al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam, jld. 3, hlm. 112.
24al-Bala- dhuri-, Ansa-b al-Ashra-f, jld.3, hlm. 124.
25al-Yacqu-bi-, Ah. mad ibn Abi- Ya‘qu-b ibn Ja‘far ibn Wahb ibn Wa- d. ih. , 1993, Ta-ri-kh al-Yacqubi-, jld. 2,
Beirut: Mucassasat al-Acla-m li al-Matbuca-t, hlm. 91.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
81
NURAZMALLAIL MARNI
82
bermakna ruang untuk mempertikaikan perlantikancAli- sebagai khalifah masih ada
seperti yang dilakukan oleh Muca- wiyah dancAmr ibn al-cA- s..
(ii) Mengenai hak menuntut bela seperti mana teksnya;
Maksudnya;
“... dan dia (‘Uthma-n ibn ‘Affa-n) adalah seorang mukmin dan telah dibunuh
dengan kejam/zalim.”
Frasa ini memberikan kelebihan kepada Muca- wiyah sebagai orang yang berhak menuntut bela ke atas para pembunuh SaidinacUthma- n jika SaidinacAli selaku khalifah gagal melaksanakan hukuman balas bunuh (qisas). Selain itu, ia boleh disifatkan sebagai suatu justifikasi daripadacAmr ibn al-cA- s. bahawa Muca- wiyah bukanlah seorang pemberontak atau penentang kerajaan yang ingin memecahbelahkan masyarakat Islam, tetapi asas tindakannya adalah semata-mata ingin menuntut bela di atas pembunuhan SaidinacUthma- n.
5.0 KESAN PERISTIWA TAH.KI-M
Perbincangan mengenai kesan Peristiwa Tah.ki-m boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kesannya terhadap SaidinacAli- dan kesannya terhadap Muca- wiyah. Bahagian pertama membincangkan kesan Peristiwa Tah. ki-m terhadap SaidinacAli- sementara bahagian kedua pula membincangkan kesannya terhadap Muca- wiyah.
5.1 Kesannya Terhadap SaidinacAli-
Peristiwa Tah. ki-m boleh disifatkan sebagai telah mengurangkan pengaruh Saidina
cAli- ke atas pengikutnya dan menambahkan jurang perselisihan pendapat sesama
mereka. Kemuncak dari pada perselisihan ini berlaku apabila sebahagian pengikut SaidinacAli- berjumlah 12 ribu orang telah berpakat untuk menentangnya ekoran dari pada keputusan Tah. ki-m yang tidak menyebelahi mereka.
Kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai golongan Khawarij atauH.aru- riyyah sempena nama tempat perkumpulan mereka iaitu Harura’ yang terletak berhampiran dengan Kufah. Menurut Gabrieli, kemunculan Khawarij ini disifatkan sebagai ‘the
first real politico-religious schism of the Moslem community’ atau perpecahan bersifat
politik keagamaan yang pertama dalam masyarakat muslim.26
26Gabrieli, Francesco, 1965, A Short History of the Arabs, Great Britain: Bristol Typesetting Co. Ltd,
hlm. 66.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
82
NURAZMALLAIL MARNI
84
tadah menyokong Muca- wiyah yang pandai mengambil hati mereka melalui
pemberian hadiah, harta benda dan sebagainya.32
6.0 JUSTIFIKASI PENDIRIAN SAHABAT MENGENAI
PELANTIKAN SAIDINACALI- SEBAGAI KHALIFAH
Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah pelantikan SaidinacAli- sebagai khalifah telah mendapat persetujuan daripada sebilangan besar umat Islam pada masa itu. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa SaidinacAli- telah dibaiah golongan Muhajirin dan Ansar khususnya kesemuaBadariyy u- n atau para sahabat yang menyertai peperangan Badar.33
Dengan adanya baiah ini, SaidinacAli berpendapat bahawa proses perlantikan beliau sebagai khalifah telah lengkap dan sempurna serta perlu diakui oleh seluruh umat Islam yang lain. Meskipun begitu, dalam masa yang sama terdapat beberapa tokoh sahabat yang lain turut dicadangkan untuk memegang jawatan khalifah.
Antara bukti yang menunjukkan beberapa tokoh sahabat yang dicalonkan untuk
jawatan khalifah ialah:
(i) Sacad ibn Abi Waqqa- s. telah dicalonkan oleh anaknya iaitucUmar ibn Sacad ibn Abi Waqqa- s. kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, ahli majlis syura dan tidak terlibat dalam pertikaian semasa umat Islam. Walau bagaimanapun, Sacad ibn Abi Waqqa- s. telah menolak cadangan anaknya dan memilih untuk tidak melibatkan diri dalam pergolakan politik pada masa itu.34
(ii)cAbdullah ibncUmar telah dinamakan oleh Abu- Mu- sa al-Ashcari- sebagai calon khalifah kerana beliau termasuk dalam golongan Muhajirin yang terawal berbanding Muca- wiyah.35
(iii)cAbdullah ibncAmr ibn al-cA- s. telah dicalonkan oleh ayahnya iaitucAmr ibn al-cA- s. kerana kelebihannya dan kesolehannya.36 Pencalonan ini mungkin berdasarkan persamaan kelebihan dan kesolehancAbdullah ibncAmr ibn al-
cA- s. yang tergolong dalam ‘al-cAba-dilah al-Arbacah’ (empat orang Abdullah
iaitu ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Abdullah ibncAbba- s, ‘Abdullah ibn Mas‘u- d dan
cAbdullah ibn cAmr ibn al-cA- s.) seperti mana Ibn cUmar yang dicalonkan oleh
Abu- Mu- sa al-Ashcari-.
32 cUmar Abu- al-Nasr, al-Mawsu-cah al-Ta-ri-khiyyah, hlm. 62.
33Ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, hlm. 260.
34al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam, jld. 3. hlm. 111.
35al-T. abari-, Ta-ri-kh al-Umam, jld. 3, hlm. 112.
36Ibid, hlm. 112.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
84
PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
85
Bukti-bukti yang tersebut tadi, jelas menggambarkan pendirian sebahagian sahabat yang melihat pemilihan calon khalifah masih terbuka dan belum muktamad sepenuhnya. Ini berlaku disebabkan kemungkinan berikut:
(i) Terdapat unsur desakan di dalam pelantikan SaidinacAli- yang menyebabkan keabsahan pelantikannya sebagai khalifah diragui. Al-T. abari- mencatatkan pendirian SaidinacAli- yang menolak pelantikannya pada peringkat awal sebagai khalifah setelah kematian SaidinacUthma- n. Walau bagaimanapun, setelah didesak beliau akhirnya bersetuju menerimanya untuk mengelakkan perpecahan umat yang lebih dahsyat lagi.37
(ii) Kriteria pemilihancAli- sebagai khalifah masih belum terlaksana sepenuhnya kerana terdapat sebahagian sahabat seperticAmr ibn al-cA- s. dan Muca- wiyah yang telah menangguhkan baiah mereka sehingga isu pembunuhan SaidinacUthma- n diselesaikan terlebih dahulu.
7.0 ISU KONTROVERSIAL MENGENAI PERISTIWA TAH. KI- M
Isu yang sering dibahaskan oleh sejarawan mengenai peristiwa Tah. ki-m berkisar pada kesahihan tindakancAmr ibn al-cA- s. yang telah membuat helah dan tipu daya dalam rundingan majlis Tah. ki-m. Selain itu, isu pemecatan SaidinacAli- dari jawatannya sebagai khalifah merupakan isu penting dalam Peristiwa Tah. ki-m.
Menurut riwayat sejarah yang masyhur seperti yang dicatatkan oleh al-T. abari-, Ibn al-Athi-r dan lain-lain, wakil Muca- wiyah iaitucAmr ibn al-cA- s. telah memperdayakan wakil SaidinacAli- iaitu Abu- Mu- sa al-Ashcari- dengan meminta Abu- Mu- sa al-Ashcari- berucap terlebih dahulu mengisytiharkan perlucutan jawatancAli- dan Muca- wiyah. Setelah itucAmr ibn al-cA- s. berucap memperakui perlucutan jawatan yang dibuat oleh Abu- Mu- sa al-Ashcari- dan kemudiannya melucutkan jawatancAli- tetapi mengekalkan jawatan Muca- wiyah.38
7.1 Pandangan Sejarawan Mengenai Peristiwa Tah. ki-m
Para sejarawan berbeza pendapat mengenai kesahihan cerita berlakunya peni puan dan pemecatan jawatan khalifah dalam majlis Tah.ki-m. Sebahagian sejarawan menerimanya dan sebahagian lain menolaknya berdasarkan hujah masing-masing. Berikut adalah beberapa pandangan sejarawan mengenai isu kontroversial tersebut:
37Ibid, hlm. 80.
38Ibid, hlm. 113; al-cAzi-z, Husayn Qa- sim, 1971, Mu-jaz Ta-ri-kh al-cArab wa al-Isla-m. Beirut: Maktabat
al-Nahdah, hlm. 163.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
85
NURAZMALLAIL MARNI
86
(a) Al-Yacqu- bi- dan al-Bala- dhuri menyokong cerita ini dan menyifatkancAmr ibn al-
cA- s. telah memperdayakan Abu- Mu- sa al-Ashcari-.39 Selain itu, seorang sejarawan
barat yang bernama Osborn turut membuat tanggapan yang sama dengan
menyatakan bahawa Abu- Mu- sa al-Ashcari- telah diperdayakan olehcAmr ibn al-
cA- s..40
(b) Ah. mad Shalabi- berpendapat bahawa Peristiwa Tah.ki-m tidak mempunyai implikasi yang besar kerana ia lebih merupakan helah daripada Muca- wiyah untuk mengelak daripada mengalami kekalahan dalam Peperangan Siffin.41Menurut
cAbd al-Kha- liq pula, ia merupakan suatu langkah yang biasa dilakukan dalam
peperangan untuk mengelak dari mengalami kekalahan.42
(c) Berkata al-Mascu- di- dalam kitabnya Muru-j al-Dhahab:
“Aku mendapati dalam riwayat-riwayat yang lain menyatakan bahawa kedua- duanya (Abu- Mu-sa dancAmr ibn al-cA-s.) telah bersepakat mengenai pelucutan jawatancAli-dan Muca-wiyah dan menjadikan perlantikan khalifah sebagai urusan syura.”43
Kenyataan beliau ini bertepatan dengan pendapat Ibn Kathi-r yang dirakamkan
dalam kitab sejarah karangannya, al-Bida-yah wa al-Niha-yah,44
Dalam kenyataan yang lain, al-Mascu- di- menyebut bahawa:
“Peristiwa Tah.ki-m yang berlaku hanya melibatkan persetujuan yang terkandung di dalam sahifah peringkat kedua termasuklah pengakuan Abu- Mu-sa al-Ashcari-mengenai kematiancUthma-n yang dibunuh secara kejam/ zalim. Selain itu, kedua-dua wakil tidak membuat sebarang ucapan perlucutan jawatan kerana tiada persetujuan dicapai setelahcAmr ibn al-cA-s. hanya mencadangkan Muca-wiyah dan dirinya sendiri sebagai calon khalifah dengan tujuan mempersendakan Abu- Mu-sa al-Ashcari-.”45
Marzuki Hj Mahmood menyokong riwayat di atas dan menyifatkannya sebagai
lebih munasabah dan relevan dengan semua suasana yang wujud seperti suasana
39al-Yacqu-bi-, Ta-ri-kh al-Yacqu-bi-, hlm. 90; al-Bala- dhuri-, Ansa-b al-Ashra-f, jld. 3, hlm. 121.
40Osborn, Robert Durie, 1976, Islam Under the Arabs, London: Longmans, Green and Co, hlm. 120.
41Ahmad Shalabi-, 1988, Mawsu-cat al-Ta-ri-kh al-Isla-mi. jld. 3, hlm. 649.
42 cAbd al-Kha- liq Sayyid Abu-Rabi-ah,cAmr ibn al-cA-s. : Bayn Yadayy al-T. a-ri-kh, hlm. 332.
43al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 148.
44Ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, hlm. 283.
45al-Mascu-di-, Muru-j al-Dhahab, jld. 3, hlm. 150.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
86
NURAZMALLAIL MARNI
90
(iii) Peranan al-Ashcas ibn Qays dalam pemilihan wakil Tah. ki-m ialah beliau merupakan orang yang memaksa SaidinacAli- agar melantik Abu- Mu- sa sebagai wakil ke majlis Tah. ki-m.54
(iv) Reaksi al-Ashcas ibn Qays terhadap Sahifah Tah. ki-m peringkat pertama kelihatan beliau begitu gembira sekali dengan keputusan untuk menamatkan peperangan dan menyelesaikannya melalui majlis Tah. ki-m.55
Penulis berpandangan bahawa pendapat T. aha H.usayn agak keterlaluan khususnya terhadap peribadicAmr ibn al-cA-s. yang merupakan sahabat Rasulullah. Sememangnya diakui bahawa para sahabat itu tidak maksum atau terpelihara daripada dosa tetapi adalah suatu yang sukar untuk diterima bahawa seorang sahabat sanggup melakukan pakatan sulit yang melibatkan nyawa puluhan ribu orang dan menjejaskan kestabilan politik negara Islam semata-mata kerana ingin mencapai kepentingan duniawinya. Selain itu, sebahagian sejarawan Islam yang muktabar seperti Ibn Kathi-r telah memberi penghormatan kepada al-Ashcas ibn Qays dengan meletakkan ucapan “rahimahullah” (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) ketika mencatat nama beliau dalam kitab al-Bida- yah karangannya.56
7.2 Analisis dan Kesimpulan
Melihat kepada perbezaan pandangan sejarawan mengenai isu Tah.ki-m dapat disimpulkan bahawa pendapat yang menerima cerita penipuancAmr ibn al-cA- s. dalam majlis Tah.ki-m lebih berdasarkan sumber riwayat yang diterima semata-mata. Sementara itu, pendapat yang menolak kesahihan cerita tersebut adalah berdasarkan hujah logik yang disokong oleh beberapa riwayat yang menjelaskan realiti jalannya peristiwa.
Oleh yang demikian, penulis berpandangan bahawa pendapat yang menolak kesahihan cerita penipuancAmr ibn al-cA- s. dalam majlis Tah. ki-m adalah lebih kuat dan patut menjadi pegangan umat Islam. Pendapat ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya bersangka baik terhadap saudara seagamanya. Apatah lagi cerita tersebut melibatkan dua peribadi tokoh sahabat iaitu Abu- Mu- sa al-Ashcari- dancAmr ibn al-cA- s. yang pernah dididik dan diasuh oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Selain itu, pandangan tokoh sejarawan mutakhir iaitu Mahmud Sha- kir di dalam kitabnya ‘al-Ta-rikh al-Isla-mi’ perlu diambil kira dan direnungi. Antara lain beliau menegaskan bahawa perhimpunan itu berakhir tanpa sebarang persepakatan kedua pihak dan tidak sepatutnya sahabat seperti Abu- Mu- sa al-Ashcari- disifatkan sebagai
54Ibid, hlm. 82.
55Ibid, hlm. 86.
56Ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, hlm. 274.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
90
PERISTIWA TAH. KI- M ANTARA ‘ALI- DAN MU‘A-WIYAH (TAHUN 36 H)
91
seorang yang bodoh atau lemah daya fikirnya. Begitu juga halnya dengancAmr ibn al-cA-s. yang tidak sepatutnya disifatkan sebagai seorang penipu, kurang pegangan agama dan tidak menepati janji.57
Seandainya cerita tersebut adalah benar, maka pandangan yang sederhana
mengenainya boleh diambil seperti pandangan Ibn Kathi-r yang mengatakan;
“cAmr ibn al-cA-s. berpandangan bahawa tidak patut kaum muslimin dibiarkan tanpa mempunyai khalifah yang akan membawa kepada kemudaratan yang besar, maka beliau bertindak melantik Muca-wiyah sebagai khalifah demi mencapai kemaslahatan tersebut, dan ijtihad itu ada kalanya salah dan ada kalanya betul.”58
Hakikat yang perlu kita akui secara terbuka adalah sebarang konflik atau perselisihan yang timbul semasa Peristiwa Tah. ki-m merupakan ijtihad para sahabat dan tabiin. Ini kerana Peristiwa Tah.ki-m bersifat semasa dan memerlukan kepada pengamatan politik yang tertentu. Hal ini jelas apabila Muca- wiyah sendiri sebenarnya tidak menafikan kelebihancAli- dan kewajarannya menjadi khalifah. Akan tetapi, ijtihadnya membawa beliau berpendapat bahawa tindakan terhadap pembunuh ‘Uthma- n mesti diambil terlebih dahulu sebelum urusan baiah kepada khalifah disempurnakan.
8.0 PENUTUP
Antara pengajaran yang dapat kita ambil daripada Peristiwa Tah. ki-m ialah sikap memaksa pemimpin menuruti pandangan pengikut dalam membuat keputusan boleh mendatangkan bahaya kepada kumpulan. Sikap ini jelas diamalkan pengikut Saidina
cAli- yang tidak memberikan ruang dan kebebasan kepada beliau selaku ketua untuk
membuat keputusan malah ada kalanya mereka mengancam akan membunuhnya atau menentangnya jika beliau enggan menerima pendapat mereka. Kesan daripada itu berlaku perpecahan dalaman yang membawa kepada kekalahan mereka.
Selain itu, sikap taat setia, bersatu hati dan menghormati pandangan pemimpin seperti yang diamalkan pengikut Muca- wiyah boleh dijadikan contoh dalam konteks disiplin dan ketaatan kepada pemimpin. Sikap positif tersebut telah memberikan hasil yang baik iaitu terselamat dari kekalahan di medan perang dan memperolehi kejayaan dan kemenangan di meja rundingan.
57Mah. mu- d Sha- kir, 1983, al-Ta-ri-kh al-Isla-mi. jld. 3, Beirut: al-Maktab al-Isla- mi-, hlm. 277.
58Ibn Kathi-r, al-Bida-yah wa al-Niha-yah, jld. 7, hlm. 284.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:31
91
NURAZMALLAIL MARNI
92
RUJUKAN
cAbd Al-Kha- liq Sayyid Abu Ra- biyah. 1988.cAmr ibn al- cA-s. : Bayn Yadayy al-Ta-ri-kh. Kaherah: al-Zahra- ’ li al-Icla-
m al-cArabi-.
al-cAzi-z, H. usayn Qa- sim. 1971. Mu-jaz Ta-ri-kh al-cArab wa al-Isla-m. Beirut: Maktabat al-Nahdah.
al-Bala- dhuri-, Ah. mad ibn Yah. ya- ibn Ja- bir. 1996. Ansa-b al-Ashra-f. Beirut: Da- r al-Fikr.
Gabrieli, Francesco. 1965. A Short History of the Arabs. Great Britain: Bristol Typesetting Co. Ltd.
Hitti, Philip K. 1970. History of the Arabs. London and Basingstoke: The Macmillan Press. Ltd.
Ibn Abi- al-H. adi-d. 1965. Syarh. Nahj al-Bala-ghah. t.tp: Da- r Ih. ya- ’ al-Kutub al-cIlmyyah.
Ibn al-Athi-r, Abu- al-H. asancAli- ibn Muh. ammad al-Shayba- ni-, 1987. al-Ka-mil fi- al-Ta-ri-kh. Beirut: Da- r al-Kutub
al-cIlmiyyah.
Ibn Kathi-r, Abu- al-Fida- ’. 1966. al-Bida-yah wa al-Niha-yah. Beirut: Maktabat al-Maca- rif.
Ibn T. iqt.aqa- , Muh. ammad ibncAli- ibn T. aba- t.iba- , 1966, al-Fakhri- fi- al-Ada-b al-Sult.a-niyyah wa al-Duwal al-Isla-
miyyah, Beirut: Da- r Bayru- t.
Ibra- him Ani-s. et at. t.th.al-Mucjam al-Wasi-t.. Beitut: Da- r al-Macrifah.
Imamuddin, S.M. 1967. A Political History of the Muslims (Prophet and Pious Caliphs). Dacca, Pakistan: Zeeco Press.
Kamus Dewan. 2000. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Yahya. 1989. Ensiklopedia Sejarah Islam. Bangi: Penerbit UKM Bangi.
Mah. mu- d Sha-kir. 1983. al-Ta-ri-kh al-Isla-mi. Beirut: al-Maktab al-Isla- mi-.
Marzuki Hj Mahmood. 1994. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Mascu-di-, Abu-al-Hasan cAli- ibn H. usayn ibn ‘Ali- al-Mascu-di, 1970, Muru-j al-Dhahab wa Maca-din al-Jawhar.
Beirut: Barbin De Minar & Bafih De Kirtai.
Maulana Muhammad Ali. 1951. The Early Caliphate. Lahore: Ahmadiyyah Anjuman Ishaat Islam.
Osborn, Robert Durie. 1976. Islam Under the Arab. London: Longmans, Green and Co.
Qalcaji-. & Qunaybi-. 1988. Mucjam Lughat al-Fuqaha-’. Beirut: Da- r al-Nafa- ’is.
Shalabi-, Ah. mad. 1988.Mawsu-cat al-Ta-ri-kh al-Isla-mi. Kaherah: Maktabat al-Nahdah al-Misryyah.
al-T. abari-, Abu Jacfar Muh. ammad ibn Jari-r, 1988, Ta-ri-kh al-Umam wa al-Mulu-k, Beirut: Da- r al-Kutub al-
cIlmiyyah.
Taha Husayn. 1966. al-Fitnah al-Kubra-. Beirut: Da- r al-Macrifah.
cUmar Abu- al-Nas.r. 1962. al-Mawsu-cah al-Ta-ri-khiyyah: Muca-wiyah ibn Abi- Sufya-n. Beirut: al-Maktabah al-
Ahliyyah.
al-Yacqubi-, Ah. mad ibn Abi- Yacqu- b ibn Jacfar ibn Wahb ibn Wa- d. ih. al-Ka- tib al-cAbba- si-. 1993. Ta-rikh al-
Yacqu-bi-
. . Beirut: Mucassast al-Acla- mi- li al-Mat.hu-ca- t.
JT38E[6B].pmd
02/16/2007, 21:3
Tidak ada komentar:
Posting Komentar